Sunday, August 9, 2015

Ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin Sempena Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pasir Gudang TEKS UCAPAN

YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN

SEMPENA PERSIDANGAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO

BAHAGIAN PASIR GUDANG 2015

DI DEWAN TAMAN MAWAR

10.00 PAGI & 9 OGOS 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor

Datuk Seri Presiden,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya dan rakan-rakan di kawasan Pasir Gudang sangat berbahagia dengan kehadiran Datuk Seri Presiden, pada pagi yang damai dan indah ini. Kami di Pasir Gudang berasa amat bertuah dan berbesar hati dengan penghormatan ini.
Peluang berjumpa dengan Datuk Seri Presiden ini sangat menggembirakan semua ahli UMNO Pasir Gudang. Ia pasti dikenang selamanya oleh kami semua.

Kesempatan ini lebih bermakna kerana dua sebab. Pertama, ia berlaku dalam bulan Syawal yang mubarak, yang kareem. Bulan kita meraikan sahabat dan rakan taulan, memohon maaf zahir dan batin. Tidak terlambat kiranya untuk saya dan seluruh pendukung UMNO Bahagian Pasir Gudang mengucapkan Selamat Hari Raya pada Datuk Seri Presiden dan keluarga, maaf zahir dan batin jua.
Kedua, kehadiran ini juga akan memberikan peluang dan ruang terbaik untuk Datuk Seri Presiden, secara langsung, mendengar suara hati rakyat Johor. Terutama pada ketika dan saat, UMNO mendepani pelbagai cabaran.
Isu-isu seperti 1MDB, Felda, GST, kejatuhan ringgit, dan kos hidup yang tinggi sehinggalah kepada rombakan terbaharu kabinet Persekutuan yang kebetulan melibatkan tokoh utama politik Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

InsyaAllah, pada kesempatan ini, UMNO Bahagian Pasir Gudang akan berkongsi perkara yang sebenar dengan sejujur-jujurnya. Bukan hanya perkara yang baik-baik dan manis sahaja. Kita tidak mahu menjadi mereka yang hanya menyampaikan perkara baik dan senyum di hadapan, namun bercakap dan bertindak sebaliknya di belakang.

Kerana kita ada tujuan dalam pertemuan hari ini. Kita ada hasrat. Dan ianya adalah agar segala percambahan, saranan dan pandangan kesemua kita, akan membuahkan hasil yang baik pada bangsa dan tanahair. Dan semoga ia diangkat sebagai amal soleh, Insya-Allah.

YAB Datuk Seri Presiden,

Pada pagi ini, saya hanya ada tiga perkara yang ingin saya sampaikan, sebagai mewakili pendukung UMNO Pasir Gudang. Pertama, pada ketika dan waktu ini, kita harus berlaku benar. Mengakui bahawa parti, tidak berada dalam kedudukan yang sebaiknya.

Pendukung kita di Johor, berada dalam keadaan yang resah. Sangat gelisah dan ramai yang keliru. Isu-isu seperti 1MDB, Felda, kejatuhan nilai ringgit, kos sara hidup dan pelaksanaan GST meniti dari bibir ke bibir kebanyakan ahli dan rakyat Malaysia.

Selain ahli UMNO, rakyat kebanyakan juga semakin keliru, skeptikal, pesimis dan mempersoalkan kewibawaan dan kredibiliti setiap penjelasan dan tindakan kita. Apa jua penjelasan, dilihat tidak memadamkan rasa gelisah dan gundah gulana ini. Malah, semakin mengelirukan. Semua masalah itu sekarang, mula membebani UMNO.
Dan ia membebani UMNO pada saat UMNO berhadapan dengan pelbagai masalah lain. Pada saat UMNO tidak sekuat dahulu. Pada saat UMNO cuba untuk memulihkan dirinya agar menjadi relevan dengan generasi muda. Pada saat UMNO sedang berhempas pulas mencari jalan terbaik bagi mendepani demokrasi Malaysia yang semakin matang.

Justeru, UMNO memerlukan pencerahan dan jalan ke hadapan kepada segala kemelut dan krisis yang melandanya waktu ini. Kerana itulah kami menyatakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Presiden agar semua kemelut ini boleh diselesaikan.

Diselesaikan dengan cara yang telus. Diselesaikan dengan cara yang terbaik. Diselesaikan dengan cara yang mengangkat keadilan dan kebenaran. Tidak lebih dari itu.

UMNO Pasir Gudang sangat prihatin dengan ini semua dan kita mengambil pendirian bahawa, ruang dan masa mesti diberikan kepada pucuk pimpinan Parti untuk perkara ini dirungkaikan. Atas sebab itulah, kami alu-alukan dan menghargai janji Datuk Seri Presiden untuk menyelesaikan hutang berkaitan dengan 1MDB dalam masa 6 bulan; dan kami percaya, ianya akan tercapai.

Datuk Seri Presiden,

Dalam kita mengambil ikhtiar menyelesaikan pelbagai isu yang mendepani parti dan negara, kami di Pasir Gudang mengajak semua pihak untuk melakukan dua perkara penting. Pertama, mendengar segala pandangan akar umbi dengan sabar.

Kami percaya, semua mesti punya ruang untuk menyatakan isi hati mereka. Benar ada yang kritikal. Benar ada yang keras. Dan benar ada yang meragukan. Tetapi apa daya yang ada pada kita untuk menghalang ini semua.

Pentas politik Malaysia sudah berubah. Berubah dengan luar biasa sekali. Kita tidak boleh menidakkan sesiapa jua dari bersuara. Kerana itu fitrah manusiawi. Kerana itu jiwa demokrasi.

Kebebasan menyatakan pendirian, pandangan dan idea adalah fitrah yang azali. Dan bukan sekadar fitrah, UMNO juga, budayanya bukan feudal. Parti kita, membangun, kuat dan perkasa kerana kita meraikan kepelbagaian pandangan dan rasa. Pada waktu yang sama juga, UMNO sehari demi sehari, bergerak menjadi parti siasah moden dan mendukung prinsip pemikiran berkemajuan.

Tutuplah ruang formal untuk bersuara, pasti akan dicari ruang lain untuk mereka menyatakan rasa dan pandangan mereka. Dan dalam kebanyakan keadaan, mereka akan menemui ruang alternatif, malah lebih berpengaruh, lebih kuat dan lebih berkesan.

Terutama di kawasan seperti Pasir Gudang ini, kami berhadapan dengan ahli dan pengundi yang ‘urban’, yang ‘sosphisticated’. Yang mengambil pusing keadaan di sekeliling mereka.

Saban hari, kami dapat merasakan keyakinan terhadap UMNO semakin pudar, bukan sahaja daripada rakyat tetapi dari ahli sendiri. Mereka mula radikal dalam soalan dan reaksi mereka. Mereka mula menunjukkan rasa dingin dengan apa jua penjelasan yang kita berikan.
Kerana itu kita harus mendengar dengan sabar. Kerana jika kita mendengar, kita akan memahami aspirasi rakyat dengan lebih mendalam. Dan kita jangan lupa, kita memerintah di zaman, yang bukan lagi zaman kita. Zaman ini adalah zaman generasi pelapis. Oleh itu, bila kita mendengar, dan mengambil iktibar dari apa yang kita dengar,  sekurang-kurangnya kita bersama mereka, mencorakkan perjalanan masa depan mereka.

Kedua, UMNO Pasir Gudang juga menyeru agar kita tidak hilang fokus dengan agenda besar bangsa. Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan memastikan perpaduan Melayu itu diperkukuhkan.

Jangan sesekali, segala isu yang mendepani kita, menjadikan kita seolah-olah terhenti berjuang untuk perkara yang lebih penting. Jangan sesekali kita lupa, apa jua hambatan, UMNO adalah institusi Melayu paling penting dan diasaskan untuk melestarikan kepentingan Melayu dan Islam.

Justeru itu, UMNO mesti diperlakukan dengan adil. Parti ini telah melakukan kebaikan sepanjang hayatnya untuk Islam, untuk bangsa dan untuk ibu pertiwi.

UMNO bukan milikan sesiapa. Ia institusi siasah milik bangsa Melayu. Ia milikan ummah. Maka tiada siapa yang lebih besar dan lebih gah dari ini semua. UMNO dan perjuangan bangsa Melayu mesti diutamakan.

Datuk Seri Presiden,

Kami di Pasir Gudang dan di Johor ini mengharapkan jalan pencerahan. Jalan ke hadapan. Dan fajar baharu dari semua kemelut bangsa dan negara.
Fajar yang memberikan harapan. Bahawa masih ada kebenaran, masih ada keikhlasan dalam perjuangan dan masih ada kesatuan Melayu dalam menempuh masa depan.  Masih ada sisa perjuangan yang boleh kita kutip dan murnikan semula.
Kami percaya, Datuk Seri Presiden ada jawapan untuk pencerahan ini. Berilah jalan ke hadapan kepada kami, kepada ahli, kepada UMNO.
Selamatkanlah UMNO dengan mengajak kepada kesatuan dan muafakat bersama.  Kerana inilah satu-satunya institusi yang telah membuahkan begitu banyak kebaikan kepada agama dan bangsa. Marilah kita mempertahankan kepentingan UMNO mengatasi kepentingan lain. UMNO adalah amanah bangsa yang sangat besar.
Lebih-lebih lagi di Johor. Ia lahir di sini. Ia dibentuk, diasuh, ditatang dan didewasakan di sini. Dan kami tidak akan sekali-kali membenarkan ia dikebumikan di sini.

Dalam setiap saraf dan titik darah, di dalam batang tubuh kami di Johor ini, platletnya UMNO dan DNAnya juga, tanpa ragu, adalah UMNO.
Dan selama ini pun, Johor adalah benteng UMNO yang paling kuat. Maka akan kami lakukan apa sahaja untuk membantu Datuk Seri Presiden, memastikan UMNO ini terus berkelangsungan.
Biarlah badai apa pun yang menghempas. Biar gerhana apa pun yang terbias. UMNO pasti akan kami jaga dengan ikhlas. Dengan amanah. Dengan keringat dan darah.

Datuk Seri Presiden,

Kami yakin, Datuk Seri berkongsi pendirian dan rasa seperti kami jua. Tiada siapa lebih utama kepada kita kerana yang menjadi keutamaan UMNO ialah perjuangan untuk menjaga kepentingan bangsa.

Justeru kerana itu, bila Tan Sri Timbalan Presiden digugurkan, UMNO Johor mengambil pendirian untuk menghormati keputusan Perdana Menteri. Kerana UMNO Johor mengambil ketetapan bahawa urusan Kerajaan adalah budi bicara mutlak seorang Perdana Menteri. Ia mesti dihormati dan didukung. Walau pada hakikatnya, ada di kalangan kami yang terluka.

Dan kami juga mengambil ketetapan. UMNO hanya ada satu Nakhoda, iaitu Presiden UMNO dan kita mesti memberikan kepercayaan untuk dia mengemudi bahtera ini.  Tetapi hormat kami tidak akan berkurang pada Timbalan Presiden.
Cara Johor, ialah mendamaikan dan mengajak semua pihak ke arah muafakat kerana semua kita adalah bahagian penting dalam keluarga besar UMNO.
Kerana itu, kita menyeru agar Timbalan Presiden terus dihormati. Mana mungkin kami akan membelakangkan beliau hanya kerana beliau sudah bukan lagi Timbalan Perdana Menteri. Persabahatan kami bukan kerana darjat, bukan kerana pangkat, bukan kerana gelaran dan sama sekali bukan sekadar upacara dan martabat.

Kepada Tan Sri Muhyiddin, harapan kami ialah semoga dapat terus bersama mendukung perjuangan UMNO, memperbaiki bangsa dan agama.

Inilah UMNO Johor. Mementingkan nilai, berbudaya tinggi dan teguh pada prinsip.  Kerana itu, UMNO terus diyakini di Johor. Bak pesan Datuk Laksamana Hang Tuah, menurut biar akal, menentang biar beradap.

Datuk Seri Presiden,

Perkara kedua yang ingin saya khabarkan pagi ini ialah, UMNO Pasir Gudang dan  Johor akan terus fokus untuk menjadikan UMNO lebih baik. Lebih dipercayai, Lebih moden, lebih berkelangsungan.
Kami bekerja dengan gigih sekali untuk memastikan UMNO dan seluruh jenteranya, menjadi parti yang benar-benar diyakini oleh orang Melayu dan berkeadilan kepada yang bukan Melayu.

Dan kita melakukannya dengan cara yang berlainan. Kerana kita ingat sekali pesan Saidina Umar R.A yang sangat kita kasihi. Beliau berpesan… “Didiklah anak-anakmu berlainan dengan keadaan kamu sekarang, kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau”.

Kerana itulah, semenjak konvensyen UMNO Johor yang lepas, banyak yang telah kami lakukan. Merekayasa UMNO dengan pendekatan moden.
Rumah penyelidikan dan institut pemikir khusus untuk UMNO Johor, Bait Al Amanah, telah kami tubuhkan dan mula beroperasi.

Pejabat Perhubungan Negeri akan diuruskan secara profesional oleh golongan profesional. Agar ia menjadi institusi moden yang tata kelolanya setelus, sebaik dan semaju institusi lain.

Kami akan lancarkan Pelan Masa Depan UMNO untuk tempoh 10 tahun mendatang tidak lama lagi. Sebanyak 11 agenda besar UMNO meliputi pelbagai ikhtiar untuk melebarkan usaha madani memodenkan UMNO akan dijadikan landasan pelan ini.
Kami akan tubuhkan Sekolah Politik dan Kepimpinan UMNO, untuk menyediakan pemimpin terbaik bangsa. UMNO NEXT GENERATION!

Kami akan ikhtiarkan, InsyaAllah pasukan komunikasi strategik, Barisan Nasional Network untuk menyalurkan maklumat dengan pantas dan sahih.

Pasukan sukarelawan UMNO Johor akan dilebarkan, agar ‘political activism’ itu disemarakkan. Selain mengalakkan aktiviti madani. Dan pelbagai lagi ikhtiar kesiapsiagaan UMNO untuk mendepani pilihanraya akan datang.

Semua ini kerana kami percaya bahawa UMNO tidak memerlukan peremajaan tetapi kematangan yang dipulihkan. UMNO memerlukan pengislahan yang harus dijelmakan sebagai wadah yang memberi kebaikan kepada bangsa.

Dan itupun tujuan sebenar kita berpolitik. Untuk melakukan kebaikan kepada bangsa. Untuk membawa pencerahan kepada ibu pertiwi.

Untuk menyumbang kepada anak bangsa yang setiap hari kita lihat. Untuk menyumbang kepada anak bangsa yang belum pernah kita lihat. Dan untuk menyumbang kepada anak-anak bangsa yang tidak akan pernah kita lihat.
Tugas kita bukanlah untuk menuai hasil ranumnya. Tapi untuk menanam benih. Mencuba dan mencuba. Kerana di dalam mencuba itulah, kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil.

Datuk Seri Presiden,

Perkara ketiga yang ingin saya sampaikan pagi ini ialah betapa perlunya kepimpinan negara, berasa terkesan dengan kesempitan rakyat.
Dengan jujur, saya mengakui, banyak benar yang telah dilakukan oleh Kerajaan untuk bangsa dan negara ini. Tetapi kita masih punya banyak ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan bangsa kita.

Kesenjangan jurang pendapatan rakyat amat ketara sekali. Kos sara hidup semakin membebankan. Golongan bawahan berasa semakin sukar melalui kehidupan harian dengan gembira dan tenang. Golongan menengah berasa sangat perit untuk menikmati kehidupan yang selesa. Sedangkan mereka semua bekerja keras. Sedangkan mereka semua rajin dan jujur.

Dasar ekonomi kita yang memfokuskan kepada pendapatan tinggi nampaknya tidak seiring dan selari dengan kehidupan harian rakyat Malaysia. Malaysia memerlukan dasar ‘ekonomi untuk semua rakyat Malaysia’.
Yang bukan berfokuskan kepada pendapatan semata-mata. Tetapi berfokuskan kepada kesejahteraan. Yang membolehkan, sesiapa jua, walau dengan pendapatan yang kecil, berpeluang menjalani kehidupan yang bermakna dan bermaruah.
Yang walaupun pendapatannya rendah, tetapi memadai untuk kehidupan yang selesa. Yang memadai untuk anak-anak mereka belajar dan menyimpan cita-cita untuk berjaya.

Justeru itu, ada dua perkara yang UMNO Pasir Gudang anjurkan untuk pertimbangan Kerajaan. Pertama, akuilah kewujudan segala kelompongan ini. Berlapang dadalah dengan segala keluhan. Bila kita sedia mengakuinya, sedia bersikap  terbuka, sedia untuk mendengar dengan lebih banyak. Ia akan menyakinkan rakyat bahawa setidak-tidaknya keluh kesah mereka kita dengari.

Mengakui masalah ini wujud dan bersedia mencari jalan keluar darinya, setidak-tidaknya sudah menyelesaikan sebahagian daripada masalah tersebut.

Kedua, marilah kita menggembleng segala potensi, bakat, pemikiran dan kreativiti bangsa kita untuk mencari penyelesaian terbaik bagi segala masalah.
Kita mungkin tidak punya formula ajaib. Tapi kita pasti punya kemampuan untuk membuat penilaian objektif tentang keberkesanan dasar kita. Dan semua maklumat ini, boleh memberikan pencerahan tentang kekangan dan dinamiknya masalah ekonomi rakyat kita.

Namun saya yakin bahawa jalan ke hadapan bukan sekadar penyelesaian berasaskan pemikiran ekonomi barat semata-mata. Terokailah juga penyelesaian yang berasaskan Islam. Sesungguhnya, sistem yang bersumberkan wahyu, pasti ada manfaat yang luar biasa yang belum mampu kita bongkar potensi dan kemujarabannya.
Maka kerana itulah di Johor, kita sedang giat melihat kembali kedinamikan penyelesaian masalah sosio ekonomi berdasarkan model Islam. Institusi wakaf, zakat, hibah dan sedekah akan kita kaji semula. Kita akan gagaskan institusi khusus untuk ini semua. Ia akan diuruskan secara profesional, dengan tadbir urus yang baik. Dengan misi dan visi yang pro rakyat dan mengangkat budaya muafakat.
Kerana kita yakin, instrumen ekonomi Islam, yang berasaskan pemberian atau ‘the economics of giving’, mesti dibongkar potensinya. InsyaAllah, semua ini akan membantu kelahiran masyarakat yang dihakupayakan. Masyarakat Malaysia yang lebih besar dan mandiri.

Datuk Seri Presiden, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian,

Sebenarnya tiada apa yang kami UMNO Johor dambakan.  Melainkan penyelesaian, melainkan perdamaian dan melainkan kembalinya keyakinan bahawa dalam UMNO ini, masih ada perjuangan yang harus diteruskan. Untuk orang Melayu, untuk rakyat Malaysia dan agama Islam. Tidak lebih dari itu.

Kami UMNO Johor sekadar mahu menjadi individu penengah, yang ingin membawa akhir pada segala kemaslahatan, yang membuka jalan pada harapan baharu. Yang dalam akurnya pada pemimpin dan ketua, masih kekal setia pada teman lama. Yang gigih dalam perjuangan tetapi tegas dengan prinsip.
Kami sekadar mahu menjadi sosok pendukung parti dengan pemikiran pendiri bangsa, iaitu memberikan kebaikan pada agama dan bangsa.  Dan kami percaya kemerdekaan negara hanya dapat dijamin berkelangsungan, andai kita berpangkal pada kemerdekaan jiwa, kita ikhlas pada perjuangan dan kita kukuh berpadu.

Kerana itulah, di sebalik perselisihan yang meribut, dan cabaran yang mendepani, kami memilih jalan mendamaikan dan mengajak semua untuk terus berjuang. Biarpun dipenuhi ranjau sepanjang jalan.
UMNO Pasir Gudang yakin, malah sangat yakin, dalam apa pun kekeruhan yang melanda parti dewasa ini, suatu kebaikan akan terjelma jua akhirnya.

Langit yang mendung, pasti akhirnya dicerahi sang mentari jua. Setelah gerimis, pelangi indah selalu menjelma. Itu sudah menjadi lumrah dan hukum alam.  Kami berkepercayaan, bahawa apa jua yang UMNO lalui,  apa jua kemelut yang mendepani, apa jua gelora dan cabaran, ia bukan sekadar mendewasakan. Ia pasti akan mengukuhkan perjuangan ini.

InshaAllah.

Sekian. Terima kasih.

Sunday, October 5, 2014

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN.

Jika saya tinggal di London, New York atau paling teruk pun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaann
ya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.

Turunlah Datuk Seri, Turunlah....

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaik
an terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURLAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini.

Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan it
u bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.

Bertimbang taralah...

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malays
ia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.

SAIFUL NANG
Orang Marhaen

Friday, September 5, 2014

Akta hasutan vs akta harmoni

Nama atau isi kandungan yg penting ?

1.dunia politik negara digemparkan dgn pegumuman pm najib utk teruskan niat memansuhkan akta hasutan 1948 dn menggantikan dgn akta harmoni yg belum diketahui tatacara kaedah dn perlaksanaan dn kualiti undg undg tersebut.

Pentadbiran pm najib bertegas dgn pendirian nya utk tetapkan mansukan akta hasutan tersebut dn situasi ini telah mendatangkan protes rakyat dimedia sosial dn sbgnya.

2.alasan utk memansuhkan akta hasutan tersebut dn menggantikannya dgn akta harmoni ialah utk menyesuaikan kualiti undg undg tersebut dgn situasi masa kini ,

Ia kerana.,akta hasutan dianggap sudah lapuk dn perlu dikemaskini dn diperketatkan agar ianya sesuai dgn cabaran pencegahan jenayah di era digital serba moden ini.

3.pemansuhan akta isa yg digantikan dgn akta sosma tdk membuktikan akta sosma lebih sesuai dgn landskap jenayah berkaitan pengkhianatan dn keselamatan negara.

Ia kerana , isa adalah 1 akta pencegahan., tindakan boleh diambil sebelum sesuatu jenayah berlaku , manakala akta sosma bukan akta pencegahan , sosma adalah akta jenayah ,

Ia bermaksud , sosma hnya boleh digunakan apabila sesuatu jenayah telah berlaku , dn isa pula boleh digunakan sebelum sssuatu jenayah itu berlaku .

Faktor hak asasi manusia menjadi subjek tekanan politik kpd pemansuhan akta isa , manakala faktor keselamatan negara dn pengkhianatan dn penghinaan kpd negara menjadi tunjang kpd cdgn pemansuhan akta hasutan.

4.rakyat melihat akta hasutan hendak dimansuh ,rakyat terperangkap dgn perkataan permansuhan akta tersebut tanpa melihat disebalik permansuhan itu , pm najib telah katakan ttg pengantian akta harmoni sbg akta utk menggantikan akta hasutan tersebut.

Akta hasutan juga spt akta sosma yg hnya boleh digunakan setelah berlakunya jenayah itu .

5.permasalahan dn kekeliruan yg timbul disini ialah , rakyat tdk diberikan input info dn maklumat berkaitan rang undg undg akta harmoni tersebut.

Rakyat jelata terperangkap dgn sangkaan bahawa agenda permansuhan akta hasutan tersebut memungkinkan pengugatan kpd masalah keselamatan negara dn kestabilan politik negara.

6.rakyat harus faham bahawa yg penting dlm sesuatu undg undg ialah intipati undg undg tersebut dn bukannya nama undg undg itu.

Kerajaan bertanggungjwb utk memberikan maklumat lengkap kpd rakyat jelata berkaitan akta harmoni yg bakal menggantikan akta hasutan ini sebelum ianya diluluskan parlimen agar kegusaran rakyat dpt ditenangkan.

Hakikatnya , akta hasutan sewajarnya dikemaskini dn diperkasakan dn diperbaiki kerajaan agar ianya sesuai dgn situasi jenayah masa kini.

Monday, September 1, 2014

Tindakkah anda terfikir tentang DAP?


Tindakkah anda terfikir yg strategi @LimGuanEng membawa masuk PPS dalam raptai merdeka yg temanya dicipta oleh dirinya sendiri.
Merupakan satu tindak cubaan menghalalkan satu organisasi haram yang bermotifkan tentera simpanan DAP yg mana bersiap siaga untuk apa jua tindakan DAP menentang kerajaan. Buktinya PPS pernah sertai himpunan Lynas sebagai pembantu malah mereka juga memacak bendera DAP dan jentera perayu undi dan sabotaj PRk baru-baru ini yg berlansung di Bukit Gelugur.

Malah PPS mempunyai senarai pangkat yang menyamai anggota tentera boleh diertikan sebagai mentauliahkan sebagai angkatan tentera khas untuk pulau pinang. Bezanya mereka belum ada senjata.

Selama 4 tahun penubuhan PPS, Lim Guan Eng telah berjaya merekrud anggota dari 1000 kepada 10000. Satu peningkatan yang drastik dan bayangkan jika ini dilanjutkan lagi 10 tahun? Berapa jumlah ahlinya?

Malah dengan jumlah 10k Lim Guan Eng berani mencabar PDRM dan andaikata mereka ada 100k apa yang mereka berani lakukan.

Tidakkah anda nampak agenda DAP.

Malah Sikap Lim Guan Eng amat berat untuk meluluskan rumah mudah milik adalah sebahagian agenda halus yang terkandung dalam agenda terbesar dap..

Wednesday, August 6, 2014

Hukum Urusniaga Dengan Syarikat Yahudi : Makan, Beli, Jual

Begitu banyak soalan yang datang kepada saya dan kedengaran di sana sini berkenaan hukum membeli barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi khususnya dan bukan Islam umumnya. Ia menjadi satu persoalan yang semakin hangat disebabkan sikap Yahudi yang berterusan menyerang negara umat Islam. Demikian juga Amerika. 

Saya ada terbaca kempen dari orang awam dan beberapa ilmuan yang mewarwarkan hukum haram jika membeli barangan dari syarikat yang dimiliki oleh Yahudi sepenuhnya atau salah seorang pemilik syarikat tersebut adalah Yahudi.

Akibatnya timbul kempen memboikot syarikat-syarikat tertentu dan boikot yang disebarkan melalui email dan internet. Syarikat seperti McDonald, Kentucky Fried Chickhen, TESCO dan lain-lain syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung adalah syarikat yang kerap dijadikan bahan utama.

Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam seperti Maxis dan lain-lain. Saya juga pernah membaca dan mendengar ada yang berusaha menimbulkan semangat berkobar-kobar sehingga berkata bahawa sesiapa yang membeli dan menggunakan khidmat syarikat-syarikat ini maka samalah seperti membantu agama mereka, membunuh umat Islam dan banyak lagi. Adakah ini benar dari sudut pandangan Islam?.

Saya berharap tulisan ringkas saya ini dapat menjelaskan keadaan dan ia adalah berdasarkan pandangan beberapa nas dan pandangan ulama kontemporari. Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang dan tulisan ini bukanlah sebuah kajian ilmiah bertaraf univeristi. Ia hanya jawapan yang diringkas dan dipermudahkan bagi bacaan orang awam sahaja. Saya juga tiada sebarang kepentingan dalam semua syarikat yang disebutkan namanya di atas dan yang lainnya, tulisan ini adalah dibuat atas dasar penyebaran ilmu Islam di atas landasan ilmu sahaja.

Asas Hukum

Pertamanya, elok kiranya saya cuba menjelaskan hukum berjual beli dengan orang Yahudi atau dengan mana-mana syarikat yang dimiliki oleh individu Yahudi. Bagi mendapatkan kejelasan dalam isu ini, fakta berikut perlu difahami sebaiknya:-

a) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.

b) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat berikut : -

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ

Ertinya : "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik.." ( Al-Maidah : 5 )

Jika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).

c) Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Imam Bukhari menamakan bab yang mengandungi hadith ini dengan nama

بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ

Ertinya : Bab berjual beli dengan kafir musyrikin dan musuh perang.

Kemudian Imam Ibn Hajar Al-Asqolani pula dalam huraiannya menyatakan :-

واستدل به على جواز بيع السلاح من الكافر

Ertinya : Dan dalil ini dijadikan dalil bagi keharusan MEMBELI senjata dari orang kafir.  ( Fath Al-Bari, Ibn Hajar, 5/142 )

Ini adalah kerana apabila Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam. Hadis ini boleh dikatakan hujjah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.

Ijma ( Sepakat ) Keharusan

Manakala Imam An-Nawawi pula ketika mensyarahkan hadith yang sama menyatakan :-

فيه جواز معاملة أهل الذمة والحكم بثبوت املاكهم على مافي أيديهم ...وبه قال الشافعي ومالك وأبو حنيفة وأحمد والعلماء كافة

Ertinya : hadith ini menunjukkan harusnya berurusan dengan ahli Zimmah ( kafir yang bukan tentera yang berperang dengan Islam) dan hukum ini membawa erti sabitnya pemilikan barangan itu oleh mereka...dan demikian ini adalah pandangan Imam As-Syafie, Imam Malik dan Abu Hanifah serta Imam Ahmad dan seluruh ulama" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40 )

Imam An-Nawawi menyambung :

وأما اشتراء النبي الطعام من اليهودي ورهنه عنده دون الصحابة فقيل فعله بيانا لجواز ذلك وقيل لأنه لم يكن هناك طعام فاضل عن حاجة صاحبه الا عنده وقيل لأن الصحابة لا يأخذون رهنه صلى الله عليه وسلم ولا يقبضون منه الثمن فعدل إلى معاملة اليهودي لئلا يضيق على أحد من أصحابه

Ertinya : Nabi membeli makanan dari Yahudi serta mencagarkan baju besinya dan tidak dilakukan kepada sahabat adalah dikatakan sebagai tanda keharusan melakukan demikian (berurusan dengan Yahudi dan bukan Islam walaupun terdapat orang Islam), sebahagian ulama yang lain pula mengatakan (nabi tidak beli dari sahabat) kerana mereka tiada makanan lebihan untuk dijual kepada nabi, ada juga yang mengatakan para sahabat tidak menerima cagaran Nabi serta tidak mahu menerima sebarang bayaran dari Nabi sehingga menyebabkan Nabi berurusan (kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya) dengan Yahudi agar tidak memberatkan sahabatnya. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)

وقد أجمع المسلمون على جواز معاملة أهل الذمة وغيرهم من الكفار إذا لم يتحقق تحريم ما معه لكن لا يجوز للمسلم أن يبيع أهل الحرب سلاحا وآلة حرب ولا يستعينون به في اقامة دينهم.

Telah ijma' atau sepakat seluruh umat islam keharusan urusan dengan ahli zimmah dan lain-lain orang kafir selagi mana (urusniaga itu) tidak jatuh dalam perkara haram. Tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka " ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)

Justeru, telah ijma' berkenaan keharusan membeli dan menjual samada kepada Yahudi, Nasrani (Kristian), Buddha, Hindu dan lain-lain selagi mana mereka tidak terlibat secara langsung (dan rasmi) memerangi Islam, transaksi pula dilakukan bertepatan dengan Islam. Di samping hujah-hujah yang sohih di atas ia juga disokong lagi oleh sebuah hadis dhoif iaitu :-

روى الخلال بإسناده عن عطاء قال نهى رسول الله عن مشاركة اليهودي والنصراني إلا أن يكون البيع والشراء بيد المسلم

Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato' berkata : Rasulullah SAW melarang dari bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)" ( Al-kafi fi Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi' , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556 )

d) Para sahabat juga berurusan jual beli dengan orang kafir termasuk Yahudi. Bukan Nabi Muhammad SAW sahaja yang berurusan demikian, malah para sahabat baginda lebih kerap melakukannya dimana mereka juga terbabit dalam jual beli dengan Yahudi, Nasrani, Musyrik dan lain-lain. Sebagai bukti adalah firman Allah :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya

Ayat ini secara langsung memberikan kefahaman kepada kita bahawa para sahabat Nabi sebelum Allah SWT melarang orang kafir dari memasuki masjidil haram, mereka kerap dan cukup banyak berurusan samada jual atau beli dari si kafir dan yahudi.

Ini disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya :-

وكان المسلمون لما منعوا المشركين من الموسم وهم كانوا يجلبون الأطعمة والتجارات , قذف الشيطان في قلوبهم الخوف من الفقر وقالوا : من أين نعيش . فوعدهم الله أن يغنيهم من فضله .

Ertinya : Orang-orang Islam apabila Allah melarang orang Musryik dari masuk (berniaga) pada musim perniagan sedangkan mereka dulu lah yang membawa makanan dan pernigaaan, maka syaitan mulai melontarkan dalam hati umat Islam takut dan bimbang mereka akan jatuh faqir, ( kerana tiada pelanggan dan pembekal), sehingga ada antara mereka berkata : " Bagaimana kami nak hidup" , tatkala itu Allah SWT menjanjikan kepada mereka kurniaan rezeki dari sisiNya" ( Al-Jami' Li Ahkami Quran, 8/106 )

Imam Fakhruddin Ar-Razi pula menegaskan :

وحملوا الطعام إلى مكة وكفاهم الله الحاجة إلى مبايعة الكفار

Ertinya : Orang-orang Islam dari Jeddah, Sana'a dan Hunain itu membawa makanan ke Mekah (untuk dijual) dan Allah SWT mencukupkan mereka dengan jual beli dengan orang Kafir" ( Tafsir Al-Kabir, Ar-Razi, 16/22 ) 

Hasilnya, jelas bahawa para sahabat juga berurusniaga dengan orang kafir. Nabi SAW juga masih hidup tatkala itu dan membiarkan urusan itu tanpa sebarang larangan dan tegahan. Malah setelah kafir dikeluarkan dari masjidil haram, para sahabat masih berniaga dengan mereka di sebelah luar, bukti terjelas adalah tindakan Nabi SAW sendiri membeli makanan dari Yahudi, Nabi juga wafat dalam keadaan hutangnya belum selesai dengan Yahudi ini. Isu hutang Nabi ini dibincang panjang lebar oleh ulama silam. Saya tidak berhasrat mengulasnya di sini.

Saya kira kumpulan dalil dan huraian ringkas di atas sudah cukup untuk kita mendapat kefahaman hukum berkaitan ursniaga dengan Yahudi, syarikat yang dimiliki Yahudi atau lain-lain agama.

Agenda Boikot bagaimana?

Tidak dinafikan sama sekali bahawa umat Islam perlu melakukan sesuatu jika Yahudi atau lain-lainnya melakukan suatu jenayah dan kebiadapan terhadap Islam. Benar, umat Islam perlu bersatu padu dan bergabung kekuatan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak yang memulakan kejahatan terhadap Islam. Saya juga tidak mahu melemahkan semangat kempen ini, cuma orang ramai perlu tahu antara hukum dan keutamaan. Jangan nanti jika ada di antara kita yang melihat rakan terlibat dengan mana-mana syarikat tadi lalu dituduhnya kafir, munafiq, pembantu Yahudi dan lain-lain.

Menurut para ulama kontemporari, cara yang dikira aman di zaman ini adalah dengan melakukan pemboikotan dari membeli barangan semua syarikat di bawah telunjuk mereka. Justeru, ia adalah salah satu cara yang paling berkesan buat orang awam islam di seluruh dunia.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.

Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.

Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?. Atau bagaimana?

Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentaisa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat :-

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu.Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah) 

Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan 'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.

Tiada Khalifah Islam

Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad 'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.

Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.

Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-

جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم

Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu" ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih  )

Perbezaan & Perkembangan Baru 

Cuma, di zaman kewujudan jemaah-jemaah Islam yang pelbagai di dalam negara Malaysia, pada hemat saya, sekiranya anda seorang yang komit dan telah memberikan satu 'bai'ah' atau janji setia dengan kepimpinan persatuan anda seperti ABIM, JIM, PAS, TABLIGH, HIZB TAHRIR, PPIM atau lainnya, dan mereka mewajibkan ahli mereka agar boikot. Tatkala itu mungkin boleh diperbincangkan hukumnya samada telah menjadi wajib ke atas ahli mereka atau tidak. Saya tidak berhasrat untuk membincangkannya di sini kerana ia akan memanjangkan tulisan ini. Mungkin ia lebih elok ditulis oleh tokoh-tokoh pimpinan persatuan dan jemaah tadi sendiri. 

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.

Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Kesimpulan umum :

Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,

b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.

Digalakkan juga umat Islam mengutamakan sayarikat Islam dan barangan keluaran Islam bagi membantu peningkatan ekonomi umat Islam. Ia juga adalah salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Saudi. Wallahu'alam.

Monday, May 19, 2014

Kenapa DAP calonkan Dyana Sofya?


SELEPAS namanya disebut-sebut, Dyana Sofya Mohd Daud akhirnya sah menjadi calon DAP yang akan bertanding Pilihan Raya Kecil P076 Teluk Intan. Setiausaha Agung Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng mengumumkan nama anak kelahiran Ipoh itu sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam satu majlis di Teluk Intan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, DAP memenangi kerusi tersebut melalui calonnya, Seah Leong Peng mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Leong Peng meninggal dunia pada 1 Mei lalu akibat penyakit barah.

Teluk Intan merupakan kawasan majoriti pengundi Cina tetapi mempunyai saiz pengundi Melayu yang besar. Kawasan parlimen itu terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

Di kawasan majoriti pengundinya adalah kaum Cina, DAP mengenepikan bekas ketua penerangan pilihan rayanya, Hew Kuan Yau dan memilih seorang gadis Melayu yang sangat muda.

Kenapa Dyana Sofya? Soalan yang lebih tepat lagi,Kenapa calon Melayu dipilih untuk kawasan majoriti pengundinya Cina? Apakah DAP telah ketandusan calon Cina untuk dipertaruhkan? Ya benar, Dyana Sofya yang berasal dari Ipoh itu berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang. Dia lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dia muda tetapi menunjukkan bakat untuk maju -- bijak,nampak matang dan pandai berhujah.

Dyana Sofya juga diakui ramai, termasuk di kalangan ahli-ahli UMNO, sebagai seorang gadis Melayu yang comel. Tetapi bukan faktor bijak dan comel semata-mata yang menjadi perkiraan DAP, sebaliknya parti yang selalu dilabelkan sebagai "anti Melayu" dan kononnya "membawa fahaman Komunis" itu menyedari bahawa mereka perlu memenangi undi orang Melayu.

(Nota: DAP sebuah parti yang membuka keahliannya kepada semua kaum, berfahaman demokrat sosialis, percaya kepada kesamarataan antara semua kaum dan memperjuangkan sebuah Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.)

DAP menyedari bahawa kaum Melayu adalah majoriti di negara ini dan mahu tidak mahu, mereka perlu mendekati pengundi Melayu, perlu memenangi hati pengundi Melayu. Usaha ini bukan hanya untuk Teluk Intan, tidak, DAP tidak hanya fikir Teluk Intan, tetapi mereka memikirkan dan merangka strategi untuk PRU14.

Parti yang dilabel oleh banyak orang Melayu sebagai "anti Melayu" dan "membawa fahaman Komunis" itu sedar bahawa mereka perlu memenangi hati pengundi Melayu dalam PRU14 akan datang. DAP sangat tegas menolak pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukum hudud di Kelantan. Kerana menolak secara total hukum hudud, DAP bukan hanya dianggap parti yang "membawa fahaman Komunis" tetapi juga dianggap sebagai anti Islam.

Kerana bertegas menolak hudud, maka DAP dianggap anti Islam dan anti Melayu kerana di negara ini Melayu itu Islam.biarpun berbuih mulut pemimpin DAP menjelaskan mereka menolak hudud kerana ia tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan, bukan sebab anti Islam atau anti Melayu.

Atas faktor itu iaitu faktor agama, orang Melayu menolak DAP dan kerana menyedari Melayu adalah majorti, maka DAP perlu berusaha mencari jalan untuk terus dekat dengan orang Melayu. Maka kali ini, Dyana Sofya, gadis Melayu lulusan UiTM dipilih sebagai calon.

Selain faktor Melayu, DAP juga menyedari menjelang PRU14, golongan muda merupakan majoriti di negara ini. Ada dua kelompok majoriti yang perlu ia hadapi: Melayu dan orang muda. Dyana Sofya berusia 27 tahun, selain diakui comel, dia juga masih muda. Bagi generasi muda, selain PKR, kini DAP dilihat sebagai parti yang memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bertanding dalam pilihan raya.

Parti politik yang membuka seluas-luasnya ruang dan peluang kepada orang muda akan mudah lebih dekat dengan golongan muda. Parti ini juga akan dilihat 'cool' kerana yang sudah veteran tidak hanya melihat bahawa hanya yang sudah berusia layak untuk bergelar wakil rakyat tetapi anak muda juga berpeluang menjadi Yang Berhormat yang akan berkhidmat.

Jadi, 'Projek Dyana Sofya' bukan semata-mata untuk Teluk Intan tetapi ia adalah usaha DAP mendekati golongan muda. Parti yang sering dilabel dengan bermacam-macam yang negatif ini mahu dilihat 'cool' dan memberi peluang kepada golongan muda. Bakat anak muda yang ada perlu digunakan sebaik mungkin bukan dicantas sehingga hilang dari radar politik negara.

Usaha memenangi golongan muda ini perlu segera dicontohi oleh UMNO dan juga rakan DAP dalam Pakatan Rakyat, PAS. Dua parti yang mewakili orang Melayu ini berusaha gigih mendekati anak muda tetapi dilihat tidak memberi peluang kepada golongan tersebut.

Dyana Sofya simbol usaha DAP mendekati orang Melayu dan golongan muda. Tetapi 'Projek Dyana Sofya' ini bukan projek Teluk Intan semata-mata sebaliknya ia strategi untuk menghadapi PRU14.

Wednesday, May 14, 2014

Krisis politik Terengganu.

SELEPAS beberapa jam Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baharu Terengganu, berlaku krisis politik apabila Datuk Seri Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengisytiharkan keluar daripada Umno serta menjadi Adun bebas.

Hal ini menjadikan BN mempunyai bilangan Adun yang sama dengan pembangkang iaitu 15 - 15.

Kekuatan kerajaan BN ada pada 1 undi penentu pada Speaker.Ini merisikokan kejatuhan kerajaan BN di Terengganu.

Ahmad Said yang meletakkan jawatan sebagai MB petang semalam untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif menjadi MB bertindak sebagai seorang ahli politik yang bijak kerana tindakannya itu bakal menjadikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling pendek tempoh pentadbirannya yang mungkin tidak menjangkau satu hari.

Apakah tindakan terbaik Pas dalam suasana sebegini?

Di hadapan terbentang tiga pilihan.

Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong Pas dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan.

Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil.

Kedua-dua adun bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula.

Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.

Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN, Pas PKR. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan  kerjasama politik dua parti politik melayu Islam Umno dan Islam Melayu Pas diusahakan sehinga akhirnya terbentuk BN, maka 13 mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baharu kerajaan campuran dua parti tersebut di peringkat negeri.

Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti. Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga.

Pilihan ketiga ialah pembubaran Dun Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan PRK sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini.

Di pihak Pas dan PKR pula, PRK juga menjadi kayu ukur sejauhmana kejayaan menguasai 15 dun dimanfaatkan sebaiknya untuk menggambarkan kepada rakyat kesediaan Pas menjadi kerajaan menanti.

Tahap penerimaan rakyat terhadap pelbagai isu kegagalan pentadbiran BN di Terengganu yang dibangkitkan sebelum ini boleh diukur.

Isu pengambilan tanah Banggol Donas yang tidak mengikut lunas undang-undang, LPT II yang masih belum siap, status zon bebas cukai Empangan Kenyir, pembelian bas dwiguna darat dan air yang dilihat membazir, pembinaan jambatan drawbridge sungai Terengganu, projek mendalamkan sungai Terengganu yang tidak mengikut peraturan, isu perobohan Pasar Kedai Payang,  pelombongan bijih besi Dungun dan terkini cadangan kenaikan kadar cukai pintu. Justeru, pilihan ini dilihat lebih releven.

Namun begitu rakyat juga tidak boleh terlalu berharap.

Dalam politik apa pun boleh berlaku. Dua Adun tadi mungkin sahaja kembali kepangkuan Umno jika kena gaya pujukan berbisa oleh Najib.

Lagipun dalam satu kenyataan Ahmad Said menyatakan kekecewaannya kerana pertukaran MB di buat di saat perkahwinan anak beliau akan berlangsung pada 17 Mei 2014.

Kekecewaan itu mendorongnya bertindak dengan apa yang berlaku sekarang. Orang yang kecewa boleh dipujuk!!!

Apa pun rakyat Terengganu tentu mengharapkan yang terbaik dari pemerintah terbaik. Berikan mandat kembali kepada rakyat walau apa pun terjadi!

Friday, March 28, 2014

Benarkah dakwaan Tun Musa Hitam bahawa Tun Mahathir berada di Malaysia pada waktu tersebut?

Benarkah dakwaan Tun Musa Hitam bahawa Tun Mahathir berada di Malaysia pada waktu tersebut? Mengikut fakta di atas, Tun Mahathir telah memberikan ucapan di Qing Hua Universiti Beijing pada 22 November 1985.

Malah dalam buku "Five Principle Of Chinese Policies" memang membuktikan Tun Mahathir berada di China pada 20-28 November 1985. Selain itu kertas putih tentang Memali dibentang dan ditandatangani oleh Tun Musa sendiri.

Sewaktu pembentangan di parlimen tiada langsung bantahan dari PAS. Apa motif sekarang baru Tun Musa hendak memberikan cerita baru tentang Memali? Bukti yang ada jelas menunjukkan di mana Tun Mahathir berada.

Untuk rujukan lain, boleh klik link dibawah ni,

http://books.google.com.my/books?id=TvXlFsxmJiMC&pg=PA404&dq=mahathir+china+november+1985&hl=en&sa=X&ei=23M1U4fuHqm8iAfy9ICIDw&redir_esc=y#v=onepage&q=mahathir%20china%20november%201985&f=false

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=846

http://ms.wikipedia.org/wiki/Musa_Hitam

Tuesday, September 24, 2013

Rundingan haadyai 1989

Rundingan Damai
Haadyai merupakan
perjanjian damai
yang ditandatangani
pada 2 Disember
1989 di antara
Kerajaan Malaysia
dan Parti Komunis
Malaya (PKM) . Turut
menandatangani
perjanjian ini ialah
Kerajaan Thai .
Setelah lebih 41
tahun Malaysia
dibelenggu dengan
ancaman komunis,
akhirnya perjanjian
ini mebawa kepada
pembubaran dan
perletakan senjara
PKM.
Lokasi
Perjanjian damai
bersejarah ini
diadakan di Hotel Le
Garden , Haadyai ,
selatan Thailand .
Haadyai terletak
berhampiran
sempadan Malaysia
dan Thailand.
Perjanjian itu
ditandatangani pada
jam 11.30 pagi
waktu Malaysia.
Seramai 400
perwakilan,
pemerhati dan
wartawan dari
malaysia, Thailand
dan seluruh dunia
telah hadir. Hotel itu
tidak terkawal ketat
di bandar Haadyai,
majlis tidak teratur,
bising dan kelam-
kabut dengan
jurugambar dan para
wartawan yang tidak
lagi menghormati
protokol tetapi
berdiri
membelakangi para
tetamu kehormat
yang sepatutnya
menyaksikan
peristiwa itu.
Majlis itu berderai
dengan ketawa
apabila seorang dua
jurugambar jatuh
tersungkur kerana
pasu bunga yang
dipijak oleh mereka
untuk membuat
sudut penggambaran
menarik telah pecah
dan memecahkan
suasana yang
sepatutnya hening
dan tenang itu.
↑Undur Satu
Bahagian
Sebab Perjanjian
Damai berjaya
Pada 28 dan 29
Diember 1955
Rundingan Baling
telah diadakan
antara PKM dengan
Tunku Abdul
Rahman selaku
Ketua Menteri,
Persekutuan Tanah
Melayu .
Setelah empat kali
kerajaan Malaysia
dan kerajaan
Thailand berunding
dengan PKM
akhirnya rundingan
kelima berjaya
diadakan .
Perjanjian Damai ini
berjaya diadakan
kerana ;
Situasi dunia yang
tidak menyebelahi
komunisme.
Ekonomi Rusia
selaku juara
komunis telah tewas
di Afghanistan .
Di bawah presiden
Rusia , Rusia
mengamal dasar
ekonomi terbuka
yang menuju ke arah
ekonomi kapitalis
dan sistem
demokrasi pada
tahun 1989.
Tembok Berlin
antara Jerman Barat
dan Jerman Timur
telah runtuh.
Tembok ini
memisahkan Jerman
Timur yang
mengamalkan
komunisme dan
Jerman Barat yang
mengamalkan
demokrasi. Jerman
Timur terlalu mundur
berbanding dengan
Jerman Barat.
Akhirnya Jerman
Barat dan Jerman
Timur telah
digabungkan dan
diharapkan dapat
menyaingi Amerika
Syarikat .
Negara China juga
membuka pintunya
kepada pelabur
asing khususnya
Amerika, Korea
Selatan dan Jepun
sejak Presiden Li
Peng dan sebelum
itu.
Kerajaan Britain
menyerahkan
kembali Kepulauan
Hong Kong kepada
pemiliknya China
pada tahun 1997.
Hong Kong lebih
maju daripada tanah
besar China dan
bukti bahawa sistem
kapitalis dan
demokrasi lebih
berwibawa.
Chin Peng .
Rashid Maidin,
Abdullah C.D , Chan
Tien merasakan
pemberontakan
bersenjata tidak
berfaedah lagi
kerana Malaysia
telah benar-benar
merdeka dan
pemimpinnya bukan
boneka kerajaan
Britain. Tun Dr
Mahathir Mohamad
sendiri
melaksanakan dasar
Buy British Last.
↑Undur Satu
Bahagian
Perwakilan
Datuk Wan Sidek
Wan Abdul Rahman,
Setiausaha
Kementerian Dalam
Negeri
Tan Sri Mohd.
Hanif Omar - Ketua
Polis Negara
Jeneral Hashim
Mohd Ali - Ketua
Turus Angkatan
Tentera Malaysia
Jeneral Yodhana
Yamphundi -
Timbalan Pengarah
Operasi Keselamatan
Bahagian ke-4
Jeneral Chavalit
Yongchaiyudh
=Pengarah Operasi
Keselamatan
Jeneral Sawaeng
Therasawat - Ketua
Pengarah Polis
diraja Thailand.
PKM diwakili oleh :
Chin Peng -
Setiausaha Agung
PKM
Abdullah C.D -
Pengerusi PKM
Rashid Maidin -
Komander Regimen
ke-10
Turut hadir ialah :
Dato Megat Junid
Megat Ayub -
Timbalan Menteri
Dalam Negeri
Malaysia
Ai Ying atau
Zainon - isteri Chin
Peng
Chan Tien -
Komander Regimen
ke-12 PKM
↑Undur Satu
Bahagian
Isi Kandungan
Perjanjian Damai
Antara kandungan
utama Perjanjian
Damai Haadyai
ialah :
PKM berjanji
untuk menamatkan
perjuangan
bersenjatamereka.
Parti Komunis
Malaya dibubarkan
Senjata api
hendaklah
diserahkan kepada
pihak berkuasa
Malaysia atau
Thailand atau
dimusnahkan di
hadapan pihak
keselamatan.
Chin Peng selaku
wakil ahi PKM
berikrar taat setia
kepada Yang
diPertuan Agung
Malaysia.
Ahli PKM akan
mematuhi undang-
undang negara
Malaysia.
Artikel 3 perjanjian
menetapkan bahawa
Kerajaan Malaysia
akan membenarkan
bekas anggota Parti
Komunis Malaya
yang dilucutkan
senjata untuk
menetap di Malaysia
sekiranya mereka
mahu.
Artikel 3.1
menetapkan
bekas anggota
Parti Komunis
Malaya yang
memang berasal
dari Malaysia
akan dibenarkan
menetap di
Malaysia
mengikut
undang-undang
Malaysia .
Artikel 4 perjanjian
menetapkan bahawa
kerajaan Malaysia
akan membantu
bekas bekas
anggota Parti
Komunis Malaya
untuk memulakan
hidup baru di
Malaysia .
proses kepulangan
bekas-bekas
anggota Komunis ke
Malaysia adalah
berdasarkan tawaran
one-off di bawah
perjanjian untuk
menghentikan
peperangan di antara
Kerajaan Malaysia
dengan Parti
Komunis Malaysia
(PKM) yang
ditandatangani pada
2 Disember 1989.
Di bawah perjanjian
tersebut, mana-
mana ahli PKM yang
ingin kembali ke
Malayisia perlu
mematuhi beberapa
syarat seperti:
a. Memaklumkan
hasrat untuk kembali
ke Malaysia kepada
pihak berkuasa di
dalam tempoh tidak
lebih setahun dari
tarikh perjanjian
ditandatangani; b.
Mengemukakan
butir-butir berkaitan
dengan permohon; c.
Menjalani proses
temu duga serta
dokumentasi
Kerajaan tidak
memaksa mana-
mana anggota
komunis untuk
pulang ke negara ini.
Mereka diberi
kebebasan memilih
sama ada untuk
pulang atau terus
tinggal di Selatan
Thailand.
Dengan pilihan
tersebut, ternyata
tidak semua bekas
anggota komunis
menerima tawaran
untuk pulang ke
Malaysia, malah
ramai yang memilih
untuk terus tinggal
di Selatan Thailand.
[1]
↑Undur Satu
Bahagian
Pelaksanaan
Perjanjian Haadyai
Selepas perjanjian
tersebut dimeterai :
Kira-kira 1,188
anggota pasukan
keselamatan
bersenjata PKM
yang berada di
hutan sempadan
Malaysia - Thailand
akan keluar dari
hutan dan
memulakan hidup
baru.
Di hutan Malaysia
- Thailand terdapat
694 rakyat Malaysia ,
Indonesia , Singapura
dan 2 bekas anggota
tentera Jepun.
Kerajaan Malaysia
membenarkan 380
338 bekas anggota
komunis untuk
pulang ke Malaysia
sepanjang tempoh
tawaran sekali
sahaja di bawah
perjanjian untuk
menghentikan
peperangan di antara
kerajaan dan Parti
Komunis Malaya
(PKM).seramai 431
ahli PKM memohon
pulang ke Malaysia.
Tetapi 338
diluluskan dan 93
ditolak kerana tidak
memenuhi syarat
perjanjian dan
masalah daripada
segi status
kewarganegaraan.Nama
mereka yang
dibenarkan pulang
tidak akan
didedahkan demi
keselamatan. [2]
Kerajaan Malaysia
berjanji untuk
membayar subsidi
kehidupan sebanyak
RM 8,000 sekembali
ke Malaysia dan
wang saranan hidup
sebanyak RM300
untuk membantu
mereka
menyesuaikan diri
dengan kehidupan dalam negara yang merdeka.

Saturday, December 22, 2012

Anwar janji lantik Kit Siang sebagai TPM




                                                                        
                                                                        
''Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.''

Janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbarSin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu (Jumaat) bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.
Sambil menyatakan keyakinan penuh bahawa pakatan pembangkang akan menguasai Putrajaya dan mengekalkan pemerintahan di empat buah negeri, beliau juga optimis akan merampas kembali Perak sambil menyasarkan empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
"Pakatan pembangkang menjunjung sistem demokrasi, maka orang Cina menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga tidak bercanggah dengan kepentingan kaum Melayu," katanya seperti dipetik daripada wawancara itu.

Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, pakatan pembangkang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan sebelum Jun tahun hadapan.
Sehubungan itu, katanya, parti-parti dalam pakatan pembangkang sedang giat membincangkan soal pengagihan kerusi dengan 95 peratus pembahagian kerusi yang bakal ditandingi di Sarawak sudah diselesaikan.

Ketika ditanya senario wakil rakyat pembangkang yang memenangi kerusi bertindak melompat keluar parti, Anwar menjelaskan bahawa kredibiliti calon merupakan syarat yang paling diutamakan.

"Pakatan pembangkang terutama PKR akan memilih calon dengan teliti, mungkin akan meminta calon agar menandatangani surat taat setia kepada parti bagi memastikan calon itu tidak akan keluar daripada parti.

"Ahli Jawatankuasa Kabinet Bayangan akan membuat satu pengumuman penting di dalam Perhimpunan Pakatan Rakyat pada 19 Disember depan. Ia termasuk strategi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.

Sementara itu, Anwar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa pakatan pembangkang dibayangi oleh pengaruhnya iaitu tanpanya pakatan pembangkang akan menjadi lemah.

"Ramai orang berkata, PKR ialah Anwar atau pakatan pembangkang adalah Anwar. Ini adalah tidak benar. Saya tidak bersama dengan PKR selama enam tahun dan kini saya juga tidak kerap menyertai mesyuarat PKR kerana menumpukan perhatian terhadap pakatan pembangkang,'' katanya.

Ditanya mengenai hubungan kerjasama antara DAP dan Pas, Anwar mengakui ia lebih baik berbanding dahulu tetapi jalinan tersebut masih dianggap sebagai tidak berapa erat.
Bagaimanapun, katanya, jurang antara Pas dan DAP telah dapat diatasi terutama apabila menyentuh mengenai konflik penubuhan negara Islam.
"Kini kedua-dua parti lebih bersepakat dan memberi tumpuan terhadap isu-isu dalam negara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Mengenai kemunculan pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai 'kuasa ketiga' yang dikhuatiri memberi impak kepada pembangkang, beliau tidak menolak kebarangkalian itu.
Jelasnya, sekiranya 'kuasa ketiga' itu berpakat dengan BN, ia sedikit sebanyak mampu menjejaskan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya tidak pasti sama ada kuasa ketiga ini berkaitan dengan Datuk Zaid Ibrahim (bekas calon Timbalan Presiden PKR) atau tidak. Ini kerana ia baru sahaja bermula, tetapi saya berpendapat ia mempunyai kemungkinannya.

"Saya masih tidak tahu siapa dalang atau di belakang 'kuasa ketiga' ini. Contohnya, saya tidak tahu siapa penajanya, kuasa mereka, siapa lagi ahlinya dan perbezaan falsafah politik serta pandangan di dalam isu dan polisinya," katanya.

Wednesday, November 7, 2012

Tahniah buat PAS







Akhirnya ada juga orang dalam Pas yang berfikiran waras menegur si Nurul Izzah anak Anwar yang mengalakkan melayu supaya murtad 

Ingat semua orang Pas nak jadi pak turut saja, rupanya ada lagi yang masih memegang perjuangan Islam. Tapi aku tak tahulah dibelakangnya macam mana, tapi kenyataan yang anak Nik Aziz ni bagi jelas menunjukkan Nurul Izzah memang mengalakkan supaya umat Melayu Islam murtad.

KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas semalam ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UTUSAN

Bagi pencacai yang masih taktau cerita pasal ni, mari sini aku nak jelaskan. Sebenarnya cerita ni dibawa oleh portalhaprak Malaysiakini yang kononnya menunjukkan Nurul Izzah menyokong kebebasan beragama, namun akhirnya makan diri, kerana ia jelas memperakui kebebasan agama (pluralisme) yang selama ini hanya disokong oleh bapanya si Anwar Ibrahim.

Biasa la mana lagi nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?

p/s
Bagus la anak dan bapa pejuang pluralisme!

Monday, October 22, 2012


Rancangan besar DAP yang dibongkar:-
1. Kristian Agama Rasmi.

2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.(dimana LGE sedang merangka rancangan utk merampas pPulau Pinang dan menyerahkan Seberang Perai kepada Kedah).

4. Sistem Raja Berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun, kata Lim Kit Siang.

5. Isu azan hanya menguji kepekaan orang Islam.

6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.

7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.

8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan "humans right" (penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan utk kembali ke malaysia dan diberi gelaran Tun.

12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.

14. Di hotel Palma Penang, lagu Negaraku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang Raja.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang Cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam

20. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam.(Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah cuba untuk menggunakan wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.)

21. DEB akan dimansuhkan
22. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib daam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.

23. Pangkalan Israel akan dibuka di malaysia.Singapura dan Israel menjalinkan hubungan yg erat dari segi latihan ketenteraan,senjata dan sistem persenjataan Israel.)

24. Singapura akan bantu menjayakan rancangan DAP.(kes sebelum ini dimana 3 diplomat Singapura mengikuti perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu)
 

25.Tukar bendera Jalur Gemilang kepada Sang Saka seakan bendera Singapura ...
 

26.Mantan PM singapore berkata"walaupun sehari dia akan menjadi PM Malaysia.

Renungkanlah. Terimakasih.